Pages

Sunday, April 25, 2010

Zionis bina kuil-kuil bagi hapus tanda Islam di al-Quds



Pengarah Jabatan Peta di Bait al-Sharq, (Ir.) Khaleel al-Tafkaji menegaskan regim Zionis mempergunakan agama bagi tujuan politik mereka bagi membuang akar umbi Arab dan Islam dari bandar al-Quds yang dijajah serta digantikan dengan akar umbi Zionis. Namun beliau menegaskan meskipun pihak Zionis berjaya menghalau rakyat Palestin terutamanya penduduk bandar al-Quds, tetapi mereka gagal mengubah tanda Islam padanya.

Dalam satu dialog khas dengan Pusat Media Palestin pada petang Rabu (21/4) yang disiarkan kemudiannya, beliau menegaskan Zionis menganggap kuil sebagai sebahagian daripada pusaka agama mereka, agar mereka dapat menjelaskan kepada dunia bahawa bandar al-Quds adalah milik mereka, bukan milik rakyat Palestin. Pembinaan lebih banyak kuil bermakna proses pengyahudian terus meningkat dan tanda-tanda Islam dan Arab semakin pupus.

Mengenai projek keretapi bawah tanah yang dijalankan oleh Zionis di bawah Masjid al-Aqsa, beliau menegaskan Zionis bertujuan menyambung apa yang dinamakan sebagai bandar al-Quds barat dengan timur. Ia juga bertujuan untuk menghapuskan idea memisahkan dua negara dan dua ibunegara. Mereka mahu berkata kepada dunia bahawa bandar al-Quds adalah untuk Yahudi sahaja dan kami tidak mahu berkongsi dengan rakyat Palestin di dalamnya.

3 comments:

  1. diorang nak bina solomon temple sbgai singgahsana Dajjal nnti,tapi kalu depa dah percaya yg wujudnya dajjal tu,mesti depa percaya dgn Al-Quran dan turunnya nabi Isa dan imam Mahdi nnti,kenapa depa xmau give up je kalo dah taw Islam akan menang???hurm..

    ReplyDelete
  2. then lemme ask u, we know we're goin to win, but y we rather sit on our couch, sticking around with Fbook or such. why there's not a single effort in making our "win" a reality?
    pretty damn weird eh?

    ReplyDelete
  3. yeah,damn weird...,we knew that we are gonna win,but we dont do anything that could make us win...

    ReplyDelete